A.k.a. Cartoon

a.k.a. Cartoon ialah studio animasi Kanada yang terletak di Vancouver, British Columbia, Kanada. Ia diasaskan pada 1 April 1994, oleh Danny Antonucci. Motto syarikat ini ialah "Dedicated to producing animation for everyone, whether they want it or not!".a.k.a. Cartoon mencipta dan menerbitkan The Brothers Grunt dan Cartoon Sushi — kedua-duanya untuk MTV — namun terkenal dengan Ed, Edd n Eddy,[1] siri animasi yang pernah disiarkan di Cartoon Network, dan juga siri animasi pengenalan Snotrocket.